Wednesday, March 11, 2009

MAK ANA SAKIT

ni ana nak gi tau sikit bahawa mak ana skang tgh berada dihospital baru je semalam pembendahan.
doktor kata apendix dia suspek pecah lagi satu ana mintak korang doakan utk dia supaya beliau sihat wal afiat.ana sedih sebab x dapat menziarahi dia sebab aktiviti dirumah penoh.lagi pun ana cuba yg terbaik dgn berdoa.penyakit ni bermula bila adik ana nak keluar sebab tertinggal uri didalam nya.dan dia juga mempunyai penyakit sampingan.

Friday, December 26, 2008

woo.tak sabar rasenye.

yess akhirnya tinggal beberapa hari saja utk buka skolah.x sabar rasa nya utk pergi ke sekolah dan belajar lebih mendalam disana(kat rumah blajar sikit2 jer sebab adik asyik kaco jer biler nak wat ulangkaji).lagi satu boring lah duk rumah sebab x de aktiviti sangat.aku harap korang sumer dah ready dan bersedia utk pergi ke sekolah utk belajar.(aku pun sama kena get ready jugak).
oklah.itu sajer yg aku nak kongsi dgn korang.hehe.

Sunday, December 21, 2008

MEMBAYAR DGN SENYUMAN

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..
"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Wednesday, December 17, 2008

JANDA 18 TAHUN

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya. "Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat. "Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. "Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat. "Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat. Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn. "Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat. "La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!" "Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

Tuesday, December 9, 2008

hari raye qurban

disini aku nak citer sedikit aktiviti yg aku buat dari pagi sampai malam raya qurban.



6:30-7:00pg>solat subuh dan membuat hafalan.

7:00-7:45pg>mandi dan bersiap sedia utk pergi ke masjid

7:45-9:30pg>pergi ke masjid bertakbir dan menunaikan solat sunat aidiladha

10:00-12:30>pulang makan dan pergi ke padang utk melihat lembu disembelih.
<(sebelum disembelih )

<(yg ini selepas disembelih)
isk3 kesian aku tgk lembu ni.
12:30-8:00mlm>beraya di rumah org.
hehehehehehehe.
itu saja yg aku dapat kongsi kan oklah.

Thursday, December 4, 2008

cuba kau orang bace ni.

saat indah awal perkahwinan

Teruna:Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.... .!
Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....Korang baca dari bawah keatas pulak.....heheheheh e