Friday, October 23, 2009

Nasib ku di mukhayyam...

Ya,baiklah....Tujuan saya untuk post kali ini adalah utk menceritakan pengembaraan di Alang Sendayu.....Saya akan memulakan cerita daripada awal hingga ke akhir program......





Pada 22.10.2009,


Saya mengambil trip yg pertama....kerana tahap nafsu lawatan saya......amat tinggi,dgn tak reti sabarnya dan macam2 lagilah......Baiklah sebaik sahaja saya dan rakan2 trip pertama saya tiba....sayalah orang paling bising(ye ke?)Oklah sebaiknya saya tiba disana...saya dan ahli trip pertama telah dikumpulkan di dewan untuk menunggu kehadiran perserta lain tiba....

Apabila semua peserta dan fasi2 sudah tiba kami pun telah ditayangkan beberapa buah video seperti kegemilangan islam pada suatu masa dahulu,Nasyid adakah kau lupa (kegemaran iman,ana dan nafis.)Selepas selesainya semua tayangan video,kami mendengar ucapan Abang Megat.Abg Megat menceritakan sepuluh benda yang patut ada dlm badan kita kalau nk jadi seperti para sahabat,Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain...Tapi yang saya ingat cuma tiga iaitu:



-Saleemmul Aqidah.

-Sahihul Ibadah.

-Ahklak yg mulia.



Selepas selesai ucapan daripada Abg Megat kami di bahagikan kepada 5 kumpulan iaitu kump A,B,C,D,E.Saya berada di kumpulan C....Sebelum Jungle Trekking kami suruh membawa Al-Quran,manakala yg x bawa perlu membawa batu yang ditandatangani oleh Abang Umar.

Setiap kumpulan juga perlu membawa barang amanah seperti roti,kacang panggang dan air mineral.Dalam perjalanan pergi ke Waterfall,macam-macam perkara berlaku kat saya..First sekali surelah x bawa Al-Quran,so kenalah bawa batu.Yg Kedua semasa meyeberang sungai kaki saya terseliuh lebam dan luka.Yang ketiga semasa berhenti di satu tempat saya sedang duduk utk menunggu giliran solat.Sedang asyik menunggu ada seorang hamba Allah telah mencurahkan air sungai kemuka saya yg mengakibatkan Kaca Mata saya jatuh kesungai dan dibawa oleh arus sungai.Adalah beberapa abg fasi dan rakan2 menolong utk cari tapi x jumpa.kemudian kami memasuki terowong.Disitu kami bersama Abg umar mengenali satu sama lain.Selain itu, kami telah bermain satu game iaitu menyambut rakan2....Org pertama Aiman ace,yang kedua saya dan yg ketiga Afnan.Tujuan game ini diadakan utk melihat kita percaya pada siapa pada Allah ataupun Kawan2.Selain itu kami diterangkan tentang Saleemul Aqidah.Selepas itu, kami teruskan perjalanan terus ke Waterfall..Dalam perjalanan kaki saya lebam dan luka buat kali kedua..Setelah tiba di Waterfall saya dan beberapa kawan yg berada di belakang terus terjun kedalam sungai.Disitulah terjadi tragedi Suara saya hilang...akibat menyanyi kuat sangat.Apabila selesai mandi kamipun bergegas naik keatas utk solat Zuhur..Selepas solat kamipun diarahkan mencari barang amanah yg telah disorokkan oleh Abg2 fasi,Kumpulan saya merupakan kumpulan yg paling akhir menjumpai barang2 tersebut.Kami juga telah disound oleh Abg fasi2,akibat daripada kejadian mencari brg2 itu.Sebabnya kumpulan saya x menjumpai satu je barang amanah iaitu air.semua kena sound.Akhirnya semua telah diarahkan supaya menolong kumpulan saya.Rupa-rupanya ia berada dibawah pokok.Apabila selesai kami dijemput utk makan barang amanah tersebut.Dalam perjalanan pulang saya juga mengalami tragedi terlanggar duri...oh pedihnya..Dalam perjalanan pulang hujan pulak turun "ku sangka panas ke tgh malam rupanya hujan turun di tgh hari"itulah yg dapat saya ungkapkan....Setelah tiba dikem....Kumpulan kami telah diarahkan membawa alatan mandi..utk terjun kesungai....Kami mengadakan aktiviti "memilih satu ciptaan Allah yg boleh dikaitkan dgn Allah"..Selesai drpd itu kami dibenarkan utk mandi disitu juga terjada tragedi digigit oleh pacat dua kali lak tu....Solat asar telah diimamkan oleh Imam Afiq Hakimi.petang itu kami ada BBQ...sayalah yg membakarnya...walaupun jadi macam arang.....Selepas itu Solat magrhib yang diimamkan oleh Imam Muaz Omar.....Selepas itu Solat Isya yg diimamkan oleh Imam Ameer Rdzwan (hehehe puji diri sendiri)...kemudian ada ceramah oleh Abg syarif...Slot yg paling best ialah slot tentang kematian...oh seram sejuk saya dibuatnya...didalam tgh berselimut seperti mayat,sempat pula tidur2 ayam..adalah beberapa sahabat di kanan,kiri dan belakang saya iaitu sushi,isyraf dan nawi...Sushi pula fikiran melayang jauh sambil bermain dgn saya...Selepas selesai drpd ceramah itu kami telah dibenarkan utk tidur tetapi selaku ketua kumpulan perlu membuat irasah pada pukul 12.00 tgh malam......akhirnya saya dapat tidut ngan aman dan damai....

23.10.2009

Setelah puas tidur saya telah dikejutkan oleh nawi pd pukul 4 lebih lah...Utk berqiyam...Saya sempat buat tahajjud sorang2 tetapi berimam x sempat kerana menemankan Khairul Iman ke tandas.....Yg sempat Solat Witir jer yg diimamkan oleh Abg Umar....Selepas itu kami Solat Subuh yg diimamkan oleh Abg Syarif...Selepas itu baca mathurat dan ada tazkirah subuh oleh Abg sayrif...Abg Syarif menceritakan tentang Khalid Al-Walid..Saya dgr sikit2 jer...sebab masa tu tgh bergurau ngan Khalid...mentang2 tazkirah tentang Khalid Al-Walid,Khalid Hartono senyum bangga.... Selepas itu ada aktiviti bersama kumpulan iaitu naga lwn naga..disitu ada tragedi jugak dimana saya telah disepak oleh seorang hamba Allah dibahagian perut...Ha disitu kemarahan saya tercetus tetapi dihalang oleh anak buah saya,Muaz Omar "sabar mer,sabar.."katanya..selepas itu makan and rendam kaki...Pada pukul 9.00 kami tlh didatangi oleh seorg penceramah iaitu Abg Bai....Ceramah itu berakhir pada pukul 11.00 pg...kemudian bersama Abg2 fasi dalam sesi komen,cadangan dan harapan utk program ni...Selepas itu kami dibenarkan utk mandi...Kemudian kemas barang...ada sedikit taklimat oleh cg Norma tentang lawatan ke terengganu,kemudian cg.Syima tentang musabaqah tilawah,taranum dan nasyid...Kemudian berkejar ke dalam van tiba di sekolah,solat jumaat dan balik.....
Itu saja yg dapat saya ungkapkan......
Sekian Wassalam....